AWAS BAHAYA TERCEKIK/ TERSEDAK (CHOKING)

Sekiranya oksigen tidak sampai ke paru-paru dan ke otak kanak-kanak yang betul-betul tercekik, dia mungkin akan pengsan, mengalami kerosakan otak dan mati dalam beberapa minit. Inilah yang menjadikan tercekik itu merbahaya.

Itu situasi yang ekstrim.

Bagaimana pula jika kita ketawa semasa makan? Epiglottis tidak akan tertutup dalam masanya. Ini akan meyebabkan secebis makanan seperti daging mungkin terjatuh ke dalam trachea. Ianya akan menyebabkan kita tercekik.

Mari kita lihat dengan lebih lanjut.

Proses yang berlaku di belakang kerongkong kita menjadi kunci bagi memahami fenomena tercekik/ tersedak. Makanan dan udara yang kita hembus melalui kerongkong kita untuk sampai ke tubuh kita. Makanan dan minuman melalui satu paip, “esophagus”, untuk ke perut kita. Udara pula melalui satu paip yang lain, “ “trachea” untuk sampai ke paru-paru kita. . Walaubagaimanapun, kedua-dua paip ini berkongsi satu pembukaan di belakang kerongkong kita. Ada satu kartilej dipanggil “epiglottis” yang berada dekat dengan trachea. Setiap kali kita menelan, ia bertindak sebagai satu pintu, dan menutup kemasukan ke trachea. Ini bagi membolehkan makanan itu dihantar melalui esophagus ke dalam perut kita

 

JIKA MAKANAN MELALUI PAIP YANG SALAH

Kebiasaannya kita akan terbatuk-batuk dan semuanya akan kembali normal.
Tetapi jika seseorang kanak-kanak itu benar-benar tercekik, ia bermakna makanan atau objek itu keseluruhannya menyekat ruang udara dan udara tidak dapat masuk dan keluar dari paru-paru. Ini akan menyebabkannya tidak dapat membatukkan objek itu keluar dan juga tidak dapat bernafas, bertutut atau mengeluarkan sebarang bunyi. Ia mungkin akan memegang tengkuknya atau melambaikan tangannya. Jika trachea itu tersekat, muka seseorang itu akan bertukar dari merah ke warna biru. Dan sudah tentu dalam contoh yang ektrim di atas, kanak-kanak yang betul-betul tercekik, berdepan dengan risiko pengsan, kerosakan otak dan mati.

 

BAGAIMANA MENCEGAH TERCEKIK/TERSEDAK?

1) Lebih berhati-hati bila makan makanan yang senang tercekik. Contoh: hot dog, kekacang, anggur, carrot mentah, popcorn atau gula-gula yang keras.
2) Duduk, makan sedikit-sedikit, dan jangan bercakap atau ketawa ketika makanan di dalam mulut.
3) Berwasapada dengan kanak-kanak atau bayi. Mereka gemar meletakkan objek-objek ke dalam mulut. Jauhkan apa-apa yang senang untuk mereka telan. Contoh: penutup bateri, duit syiling, pen, belon yang sudah pecah.
4)Belajar tentang “Heimlich maneuver”.
LANGKAH-LANGKAH BILA SESEORANG ITU TERCEKIK?

  • Perlu menjerit meminta tolong atau telefon 999 dengan segera.
  • Lakukan “Heimlich maneuver” segera.
  • Jika sesorang itu pengsan atau berhenti bernafas kerana tercekik, “Heimlich maneuver” perlu dilakukan berserta dengan pertolongan pernafasan (CPR).
  • Seseorang kanak-kanak yang mengalami tercekik yang serius perlu segera dibawa berjumpa doktor dan diperiksa.

 

“HEIMLICH MANEUVER”

Satu cara untuk menolong seseorang yang tercekik. Ia biasanya digunakan ke atas orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih satu tahun. Orang yang menolong orang akan duduk dibelakang mangsa dan memicit dengan cepat ke tengah-tengah perut orang yang tercekik itu. Picitan itu menyebabkan terkeluarnya udara yang cepat dan kuat dari paru-paru mangsa, sekaligus mengeluarkan makanan atau objek yang tercekik itu dari mulutnya.

No Comments Yet.

Leave a comment

You must be Logged in to post a comment.