DIET UNTUK KANAK-KANAK

Makanan yang bernutrisi dan diet seimbang penting bagi tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Pengambilan vitamin dan mineral yang cukup membolehkan badan berfungsi dengan baik. Setiap nutrisi ada peranan tertentu yang penting dalam badan.

Panduan diet bagi kanak-kanak

  • Anak-anak cepat bosan dengan rasa yang sama, terutamanya dalam hidangan utama. Selalunya mereka hanya makan separuh daripada hidangan utama tetapi masih mahu makanan sampingan lain yang menarik! Jangan paksa anak-anak untuk makan kesemua makanan yang ada atas pinggan. Sediakan makanan sampingan seperti pudding.

 

  • Jangan memberi makanan sebagai sesuatu ganjaran/hadiah. Ia akan menjadikan makanan itu lebih diingini. Contohnya, ibu bapa yang memberi gula-gula kepada anak-anak jika mereka makan sayur yang disediakan.Ini hanya akan membuatkan mereka bertambah minat terhadap gula-gula kerana merasakan gula-gula itu lebih lazat dari sayur-sayuran.

 

  • Beri galakan supaya kanak-kanak makan dengan teratur, terutamanya mengambil sarapan. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil sarapan cenderung untuk menjadi lebih ramping berbanding orang yang tidak bersarapan.

 

  • Jangan jadikan berat dan saiz kanak-kanak sebagai satu masalah atau isu. Untuk membantu kanak-kanak turunkan berat badan, ibu bapa perlu elakkan guna perkataan diet tapi fokus kepada pengambilan nutrisi dan menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti oleh kanak-kanak. Jika ibu bapa makan dengan bijak dan bersenam dengan kerap, besar kemungkinana anak-anak mereka akan lebih bersedia untuk melakukan perkara yang sama.

 

  • Bawa kanak-kanak berbincang tentang manfaat makan dengan baik dan menjaga badan mereka. Hal berkaitan kesihatan biasanya tidak diberi keutamaan oleh kanak-kanak. Oleh itu, beri tumpuan kepada isu-isu lain yang penting kepada mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak perempuan akan tertarik bila ibu bapa menerangkan bahawa diet yang sihat dapat menjadikan kulit mereka cantik, rambut berkilat dan kuku yang kuat. Secara tidak langsung, kanak-kanak akan berminat untuk turut memperolehi diet yang sihat.

 

  • Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak dan gula.Makanan seperti ini tidak mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk menjadi sihat. Makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula adalah seperti makanan segera, gula-gula, air bergas dan jus buah-buahan.

 

  • Tetapi, sekiranya anak-anak itu tidak cukup berat badan berbanding umur, mereka perlukan lemak tanpa trans seperti susu penuh krim, butter, dan sebagainya. Mereka biasanya perlukan enam kali makan sehari termasuk minum pagi, snacking petang dan supper. Kadang-kadang multivitamin yang khusus perlu juga dibekalkan.

 Jika ibu bapa tidak pasti, dapatkan nasihat doktor dan pegawai sains pemakanan.

No Comments Yet.

Leave a comment

You must be Logged in to post a comment.