JANGKITAN DI KALANGAN KANAK-KANAK

Disebabkan kesibukan ibubapa yang bekerja, terdapat permintaan yang tinggi untuk meletakkan anak-anak di nursery, pusat penjagaan kanak-kanak, pra-sekolah dan di taman didikan kanak-kanak (tadika). Walaubagaimanapun, keadaan sekeliling di tempat-tempat tersebut boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada kanak-kanak.

Kajian telah menunujukkan bahawa kanak-kanak yang dijaga di pusat penjagaan lebih berisiko menghidapi beberapa jenis penyakit berbanding yang dijaga di rumah. Oleh itu, ibubapa semasa memilih pusat penjagan kanak-kanak perlulah mengambil kira polisi tempat tersebut berkaitan dengan kanak-kanak yang sakit.

 

PENYAKIT-PENYAKIT YANG BIASA

Virus yang menyebabkan demam atau selsema menyebabkan penyakit yang paling biasa di pusat penjagaan dan sekolah. Di antara penyakit berjangkit lain ialah sakit tekak, batuk-batuk, muntah-muntah dan cirit-birit. Kanak-kanak yang berada di pusat penjagaan dan sekolah biasanya mendapat demam sebanyak 8-12 kali setahun manakala yang mendapat cirit-birit berlaku 1-2 kali setahun.

Apabila kanak-kanak itu berkumpul, mereka akan berisiko mendapat jangkitan. Keadaan ini berlaku bila kanak-kanak tersebut menggunakan tangannya untuk mengesat hidung, mata dan kemudiannya memegang alat-alat mainan atau menyentuh kanak-kanak lain. Virus itu berjangkit dari hidung dan mata seseorang kanak-kanak yang kemudiannya menyentuh alat-alat mainan dan kawan-kawannya.

 

MENGURANGKAN JANGKITAN PENYAKIT

Ibubapa hendaklah dihubungi serta-merta apabila seseorang kanak-kanak itu menunjukkan simtom-simtom sakit seperti demam atau selsema. Di sesetengah tempat, kanak-kanak itu dibenarkan tinggal di tempat tersebut sekiranya ia tidak demam dan boleh mengambil bahagian dalam banyak aktiviti. Ada juga kanak-kanak yang diletakkan berasingan di temapat lain supaya penyakit tersebut tidak merebak ke seluruh bahagian tempat tersebut.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pernafasan seperti batuk-batuk, hidung berair dan gatal-gatal serta sakit tekak sepatutnya dikeluarkan dari penjagaan pusat kanak-kanak. Mereka boleh kembali semula bila sihat.

Selain itu, penjaga-penjaga di pusat penjagaan kanak-kanak dan kesemua kanak-kanak yang berada di situ sepatutnya mengambil suntikan immunisasi , termasuklah vaksin selsema yang diambil setiap tahun. Suntikan ini adalah boleh diambil oleh semua oarng yang berumur 6 bulan ke atas.

Penjagaan kebersihan diri juga dapat menghalang jangkitan penyakit. Contohnya:-

a)Perlulah ada sinki yang berlainan untuk menyediakan makanan dan untuk membasuh tangan.

b)Tandas dan sinki mestilah bersih untuk kegunaan staf dan kanak-kanak.

c)Alat-alat mainan kanak-kanak dan bilik-bilik mereka mestilah sentiasa bersih.

d)Menggunakan tuala pakai buang untuk kanak-kanak supaya mereka tidak berkongsi tuala yang sama.

e)Kanak-kanak, guru-guru dan penjaga-penjaga mereka mestilah sentiasa membasuh tangan sepanjang hari, iaitu :-

  • Bila mereka tiba di tempat tersebut.
  • Sebelum dan selepas memegang makanan, memberi makan kepada kanak-kanak atau sebelum atau selepas makan.
  • Selepas menggunakan tandas, menukar diaper atau menolong kanak-kanak tersebut menggunakan bilik air.
  • Selepas menolong mereka mengesat hidung atau mulut.
  • Sebelum atau selepas memberi makan ubat kepada mereka.
  • Selepas menggunakan tong sampah atau mengangkat sampah.
  • Selepas menyentuh binatang peliharaan atau lainnya.

No Comments Yet.

Leave a comment

You must be Logged in to post a comment.