MATA KANAK-KANAK : MASALAH DAN PEMERIKSAAN

Mata dan penglihatan yang sihat adalah sebahagian penting di dalam tumbesaran kanak-kanak. Mata mereka perlu diperiksa sentiasa kerana masalah mata dan penglihatan boleh dikesan dan dirawat seawal yang mungkin.

 

MASALAH-MASALAH MATA

Antara tanda-tanda kanak-kanak mungkin mengalami masalah-masalah penglihatan ialah:-

  • Sentiasa menggosok mata.
  • Sensitif yang melampau tehadap cahaya.
  • Kurang fokus.
  • Kurang dapat mengesan secara visual.
  • Alignment yang tidak normal atau pergerakan mata (selepas umur 6 bulan)
  • Kemerahan mata yang kronik.
  • Kecederaan mata yang kronik.
  • Anak mata putih , tidak hitam.

 

Sementara itu, tanda-tanda masalah penglihatan bagi kanak-kanak yang bersekolah ialah:-

  • Tidak dapat melihat objek pada jarak yang tertentu.
  • Masalah tidak dapat membaca papan hitam.
  • Mata juling.
  • Kesulitan membaca.
  • Duduk terlalu dekat dengan tv.
  • Sekiranya anak-anak anda nengalami masalah di atas, anda mestilah membawanya untuk pemeriksaan seawal mungkin kerana masalah ini mungkin masih boleh dirawat.

Setelah mengetahui dan mengenalpasti tanda-tanda dan masalah-masalah mata, anda juga perlu mengetahui jenis dan peranan mereka yang terlibat dalam kesihatan mata:

1)Oftalmologis
Doktor perubatan yang meyediakan pemeriksaan mata yang menyeluruh termasuk ubat-ubatan dan surgeri.

2)Pediatrik oftalmologis
Doktor yang mengambil kursus rawatan tambahan untuk pemeriksaan mata kanak-kanak.

3)Optometris
Menyediakan rawatan sama seperti oftalmologis tetapi mereka tidak menjalankan surgeri.

4)Optician
Memadan dan menyesuaikan cermin mata.

 

PEMERIKSAAN MATA

Pemeriksaan rutin untuk penglihatan kanak-kanak termasuklah:-

a) Bayi yang baru dilahirkan perlulah diperiksa untuk kesihatan menyeluruh mata oleh paediatrician atau doktor keluarga di hospital.

b) Bayi yang berisiko tinggi (termasuk yang dilahirkan tidak cukup matang) adalah mereka yang mempunyai sejarah masalah penglihatan. Mereka yang mempunyai masalah mata perlu diperiksa oleh doktor.

c) Pada tahun pertama, semua kanak-kanak perlu diperiksa secara rutin bagi menilai kesihatan mata mereka oleh paediatrician atau doktor keluarga.

d) Kira-kira pada umur 3 tahun setengah, kanak-kanak patut menjalani pemeriksaan mata dan ujian penglihatan (ujian yang mengukur ketajaman visual).

e) Pada umur kira-kira 5 tahun, kanak-kanak perlu diperiksa alignment mata dan penglihatan. Sesiapa yang gagal dalam salah satu pemeriksaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan oleh doktor mata.

f) Selepas umur 5 tahun, pemeriksaan rutin perlu dibuat disekolah atau klinik doktor sekiranya masalah juling atau sakit kepala yang kerap berlaku.

g) Kanak-kanak yang memakai cermin mata perlu membuat pemeriksaan tahunan oleh doktor mata untuk mengesan sebarang perubahan penglihatan.

No Comments Yet.

Leave a comment

You must be Logged in to post a comment.