MELAYANI KANAK-KANAK MERAGAM

Meragam adalah simtom yang menunjukkan kanak-kanak itu sedang bergelut dengan emosi yang tidak dapat dikawalnya. Kanak-kanak meragam boleh menyebabkan kekecewaan. Tetapi selain daripada memandangnya sebagai malapetaka, ibubapa mestilah menganggapnya sebagai peluang untuk pembelajaran.

 

KENAPA KANAK-KANAK MERAGAM?

Meragam termasuklah merengek, menangis, menjerit, menendang, memukul dan termengah-mengah. Ia adalah satu perkara yang normal bagi budak-budak perempuan dan lelaki berumur di antara 1-3 tahun. Ia juga adalah sebahagian daipada tumbesaran kanak-kanak. Ianya adalah satu cara mereka menunujukkan kekecewaan atau kemarahan.

Meragam biasanya berlaku bila kanak-kanak itu letih, lapar, tidak selesa atau kerana mereka tidak dapat sesuatu (contohnya biskut, permainan video atau sesuatu yang mereka terlihat di kedai mainan). Belajar menangani kekecewaan adalah kebolehan yang kanak-kanak dapat dari semasa ke semasa.

Meragam terutamanya berlaku pada tahun kedua bilamana kebolehan bertutur sedang bermula. Ini adalah kerana mereka tidak dapat menyatakan apa yang mereka perlu. Mereka rasa kecewa, lalu mereka meragam. Apabila kemahiran bertutur semakin baik, mereka akan semakin kurang meragam.

Apabila kanak-kanak tahu bahawa mereka tidak boleh melakukan sesuatu atau mereka tidak semestinya dapat kesemua benda, mereka akan mula meragam.

 

BAGAIMANA MENGELAKKAN KANAK-KANAK DARIPADA MERAGAM

1) Memberikan banyak tumpuan positif
Sentiasalah peka bila anak-anak anda berkelakuan baik. Hadiahkan mereka dengan pujian dan tumpuan bila mereka bekelakuan positif.

2) Cuba memberi mereka kawalan terhadap benda-benda kecil.
Contohnya berikan pilihan yang kecil seperti “ Nak jus oren atau jus epal?” dan “Nak berus gigi sebelum atau selepas mandi?”

3) Jauhkan objek-objek dari pandangan dan dari diambil.
Ini akan menyebabkan kurang pergelutan dari kanak-kanak tersebut.

4) Cuba alih perhatian anak anda.
Cuba alihkan perhatian anak anda dengan menawarkan sesuatu yang lain daripada apa yang mereka tidak dapat. Mulakan aktiviti baru untuk menggantikan aktiviti yang mengecewakan. Atau tukar keadaan sekeliling. Bawakan anak anda ke bilik lain atau ke luar rumah.

5) Tolong anak anda belajar kemahiran baru dan berjaya.
Tolong anda belajar untuk membuat sesuatu. Puji mereka agar mereka rasa bangga dengan apa yang mereka dapat buat.

6) Timbang dengan berhati-hati apa yang anak anda mahu.
Adakah ianya melampau? Jika tidak, berikan sahaja.

7)Tahu had anak anda.
Jika anda tahu yang anak anda letih, mungkin adalah bijak jika anda tidak membawanya membeli-belah atau mengajar perkara baru.

No Comments Yet.

Leave a comment

You must be Logged in to post a comment.