PENYAKIT DIWARISI KANAK-KANAK (KETURUNAN)

Gangguan gen boleh menjadi begitu meruncing dan mengakibatkan masalah kesihatan yang sangat rumit. Keadaan ini mungkin menyebabkan keguguran, lahir mati atau mati sejurus selepas kelahiran.

Seiring dengan perkembangan dalam sains perubatan dan teknologi yang lebih canggih, kajian mendapati terdapat banyak penyakit bersangkut paut dengan keturunan keluarga.

Antara penyakit keturunan atau penyakit yang biasa diwarisi kanak-kanak adalah:

1) Cystic fibrosis

  • Cystic fibrosis melibatkan pembentukan lendir yang tebal dan melekit yang boleh merosakkan banyak organ-organ badan. Antara lain, kerap berlaku kerosakan secara berperingkat pada sistem pernafasan dan sistem pencernaan yang kronik. Cystic fibrosis pernah dianggap sebagai penyakit yang membawa maut pada zaman kanak-kanak.

2) Juvenile huntington

  • Penyakit huntington kanak-kanak (juvenile huntington) bermula semasa usia kanak-kanak atau remaja. Pesakit mengalami masalah pergerakan dan perubahan mental dan emosi.. Ini termasuklah pergerakan yang lambat, kekekokan,selalu terjatuh, ketegaran, pertuturan yang tidak jelas, dan meleleh. Kekangan terhadap kemampuan berfikir dan membuat kesimpulan menyebabkan prestasi di sekolah menurun.

3) Sindrom Down (Down syndrome)

  • Sindrom Down adalah kromosom yang tidak normal yang biasa disebabkan oleh salinan tambahan gen ditemui pada sindrom kromosom 21. Sindrom ini menjejaskan kira-kira 1 daripada 800-1000 bayi yang baru lahir. Ia boleh dikesan dengan ujian pra-natal. Terdapat beberapa ciri-ciri yang amat jelas yang dapat dilihat pada kelahiran bayi tersebut, ini termasuk keadaan muka, kurang tona otot, kecacatan pada jantung dan sistem penghadaman serta tumbesaran terbantut..

4) Distrofi otot / Duchenne muscular dystrophy (DMD)

  • Gejala distrofi otot biasanya dapat dilihat sebelum kanak-kanak berumur 6 tahun. Penyakit ini mengakibatkan keletihan dan kelemahan pada otot, yang bermula dari kaki dan kemudian bergerak secara berperingkat ke bahagian atas badan, dan kesannya kanak-kanak itu perlu menggunakan kerusi roda seawal usia 12 tahun. Kanak-kanak lelaki lebih terdedah kepada penyakit ini dan simtom yang boleh berlaku adalah seperti masalah pernafasan dan jantung, kecacatan pada dada dan belakang, dan potensi untuk menjadi terencat akal.

No Comments Yet.

Leave a comment

You must be Logged in to post a comment.