PENYAKIT KAKI, KUKU DAN MULUT

MENCEGAH KUKU, KAKI DAN MULUT
Penyakit kuku, kaki dan mulut adalah disebabkan jangkitan virus dan kebiasaannya disebabkan oleh virus “Coxsackie”.

SIMTOM DAN TANDA-TANDA

  • Demam.
  • Sakit tekak.
  • Ruam ataupun gelembung kecil di atas tangan, tapak kaki atau punggung.
  • Ulser/ bisul mulut didalam mulut atau ditepi lidah.
  • Kurang selera makan.
  • Keletihan/kelesuan.
  • Simtom-simtom di atas biasanya bermula 3-7 hari selepas dijangkiti. Simtom ini boleh bertahan sehingga 7-10 hari.

 

CARA IA MEREBAK

Ianya mudah berjangkit dari seseorang kepada seseorang yang lain melalui titisan kecil, air liur atau pun secara bersentuhan dengan bendalir dalam gelembung-gelembung. Ia juga terdapat dalam tahi selama beberapa minggu selepas berjangkit.

 

JANGKAMASA JANGKITAN

Kanak-kanak yang dijangkiti dengan penyakit ini boleh berjangkit di sepanjang masa sakit. Ianya berhenti berjangkit apabila kesakitan itu hilang.

 

PENCEGAHAN

Kesemua pusat penjagaan kanak-kanak perlu mengekalkan piawai kebersihan diri dan kawasan sekeliling yang tinggi untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit kuku, kaki dan mulut. Antaranya:-

a) Keseluruhan kesihatan kanak-kanak sepatutnya di periksa tiap-tiap hari bilamana mereka tiba di pusat penjagaan. Kanak-kanak yang ada simtom-simtom tertentu mestilah dikeluarkan dari pusat tersebut bagi mengelakkan jangkitan.

b) Kanak-kanak yang dijangkiti sepatutnya tinggal di rumah, jauh dari sekolah ataupun pusat penjagaan untuk menghalang sentuhan dengan kanak-kanak lain.

c) Kedua-dua staf dan kanak-kanak mestilah sentiasa membasuh tangan mereka sekerap mungkin untuk mengekalkan kebersihan.

d) Antara cara-cara untuk membasuh tangan ialah:-

  • Menggunakan sabun cecair dan air paip.
  • Membersih tangan selama 10 saat.
  • Membasuh semua permukaan, termasuklah belakang tangan, lengan ,di antara jari-jari dan di celah kuku.
  • Bilas tangan selepas dibasuh.
  • Keringkan tangan dengan tuala yang berasingan.

e) Staf dan kanak-kanak sepatutnya membasuh tangan apabila:-

  • Mereka tiba di pusat penjagaan.
  • Sebelum mereka menyediakan makanan.
  • Selepas mereka menukar diaper, atau membersihkan hidung kanak-kanak.
  • Selepas tersentuh dengan darah atau bendalir dari tubuh seperti dari hidung, mulut , dada, dan dalam gelembung-gelembung.
  • Selepas mereka ke tandas atau membawa kanak-kanak ke tandas.
  • Selepas mengendalikan haiwan peliharaan, sangkarnya, atau objek-objek lain yang berkaitan.
  • Selepas aktiviti luar.
  • Sebelum memberi atau menyapu ubat kepada kanak-kanak atau diri sendiri.
  • Sebelum pulang.
  • Sebelum makan atau minum.
  • Selepas menggunakan tandas.
  • Selepas bersentuh dengan kanak-kanak yang sakit.

f) Jangan berkongsi alat-alat dapur, gelas, berus gigi dan tuala.

g) Alat-alat mainan kanak-kanak mestilah sentiasa dibasuh dan dibersihkan.

No Comments Yet.

Leave a comment

You must be Logged in to post a comment.