Berita gembira buat pesakit diabetes, buasir

Artikel : Dr R Vijeyasingam

                 Klinik Pakar Vascular

                 Kuala Terengganu Specialist Hospital

 

dr vijay

Dalam Hospital Pakar Kuala Terengganu (Kuala Terengganu Specialist (KTS)) mempersiapkan hospital barunya di Batu Buruk di sini, ia juga membawa berita gembira buat pesakit diabetes dan buasir di Terengganu khususnya dan Pantai Timur amnya.

Pengendali hospital swasta itu akan menyediakan perkhidmatan vascular dalam masa terdekat.

Menurut pakar bedah dan vascular, Dr R Vijeyasingam, “Di Malaysia, antara 15 ke 20 ribu orang pesakit terpaksa dipotong kaki mereka kerana kencing manis sedangkan 50% boleh dielakkan. Dalam kebanyakan kes, arteri mereka tersumbat. Sekiranya ia tidak dibuka secara pembedahan atau angioplasty, luka tidak akan sembuh.”

Perkhidmatan vascular ini akan dimulakan di KTS sebelum dikembangkan ke Kuantan.

“Tiada pakar bedah vascular di Pantai Timur buat masa sekarang. Kes kencing manis adalah tinggi di sini di mana pengambilan gula dan karbohaidrat juga tinggi,”ujarnya lagi.

Perintis rawatan laser untuk buasir di Asia Tenggara bersama seorang rakannya, Dr Vijeyasingam juga merupakan pakar rawatan laser dalam pembedahan.

Tambah beliau, “ Saya juga berharap agar dapat menyediakan rawatan laser untuk buasir ini kerana ia satu kaedah baru yang tidak begitu menyakitkan dengan komplikasi yang minima.”

Setakat ini sudah lebih 500 kes dikendalikan oleh beliau bersama rakannya.

Malah Dr Vijeyasingam berkata rawatan laser juga boleh digunakan untuk kes-kes varicose veins yang sebahagian besarnya berpunca dari kencing manis.

Adalah dijangkakan perkhidmatan di KTS ini akan bermula dengan klinik vascular dan penjagaan kaki sekali sebulan sebelum dikembangkan menjadi sebuah pusat pakar vascular dalam masa setahun.

Tegas Dr Vijeyasingam, “Kawalan diabetes dan penjagaan kaki adalah penting bagi mencegah pemotongan kaki.

 

 

 

No Comments Yet.

Leave a comment

You must be Logged in to post a comment.