Sinar baru pesakit cancer di Terengganu

Artikel : Dr Jayendran Dharmaratnam

                Juru Perunding Oncologist

                Klinik Pakar Cancer

               Kuala Terengganu Specialist Hospital

 

testPesakit-pesakit cancer baru di Terengganu dianggarkan seramai 2,000 orang setahun.

Kemudahan klinik pakar cancer di Hospital Pakar Kuala Terengganu atau Kuala Terengganu Sepecialist (KTS) dilihat sebagai membantu mereka yang memerlukan rawatan tanpa perlu ke Kota Bharu atau Kuala Lumpur.

 Menurut Dr Jayendran Dharmaratnam, juruperunding oncologist di KTS, beberapa faktor menyumbangkan kepada bilangan pesakit cancer.

 “Ini termasuklah jumlah perokok yang ramai (barah paru-paru), pesakit-pesakit yang membiarkan penyakit seperti paru-paru ke peringkat yang sudah teruk, kurangnya kesedaran di kalangan pesakit dan orang awam sehingga mereka cuma datang setelah sudah terlambat dan tiada rawatan susulan yang teratur disebabkan jarak yang agak jauh untuk bertemu dengan doktor pakar. Mereka yang terlibat dalam industri tertentu seperti petroleum, gas dan perlombongan juga termasuk dalam senarai berisiko tinggi. ”

Beliau menambah, “yang paling penting ialah rawatan yang diperlukan dapat diperolehi dengan mudah dan berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Selain daripada itu, mereka seharusnya memperolehi rawatan yang menyuluruh samada sekadar pemeriksaan saringan, pembedahan, radiotherapy, chemotherapy, hormone theraphy, kaunseling dan sebagainya oleh doktor pakar yang dapat memberikan pelbagai perkhidmatan yang sesuai dengan peringkat cancer yang dihidapi .” Pakej saringan cancer juga disediakan.

 Perkhidmatan kesihatan pakar yang baik adalah sebahagian dari pembangunan di Pantai Timur semenanjung yang dibawa oleh KTS, khususnya di negeri Terengganu. Doktor pakar di sini juga dapat memberikan lebih personalized care bagi memenuhi keperluan pesakit dan keluarga mereka.

 Sesungguhnya perkhidmatan klinik pakar cancer di KTS menawarkan kelebihan kepada pesakit di Terengganu dengan perkhidmatan pakar dan susulan yang comprehensive, berdekatan dan menjimatkan dari segi masa dan kos.

No Comments Yet.

Leave a comment

You must be Logged in to post a comment.